Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin gagalkan cubaan seludup keluar minyak petrol ke negara jiran


Tarikh kemaskini: 31/03/2019





SEMPORNA, 31 Mac (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 600 liter petrol bernilai RM1,320 dalam operasi bersepadu di Pulau Kalapuan dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata berdasarkan maklumat Unit Risikan Marin (URM) pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di pulau berkenaan dalam operasi yang turut disertai pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 20 tong masing-masing mengandungi 30 liter petrol yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

Seorang lelaki tempatan berusia 16 tahun yang mendiami rumah berkenaan turut ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang lesen pemilikan atau menjual barang kawalan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata remaja terbabit dan barangan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Mohamad Pajeri berkata dalam operasi yang bermula 8 pagi hingga pukul 4 petang itu turut disertai pegawai imigresen dan seramai 184 orang telah diperiksa namun kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel