Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkhidmatan keretapi antara Tenom dan Melalap mendapat reaksi positif penduduk


Tarikh kemaskini: 31/03/2019





TENOM, 31 Mac (Bernama) -- Keputusan kerajaan negeri Sabah untuk  menghidupkan semula perkhidmatan keretapi dari Tenom ke Melalap sejauh 14 kilometer mendapat reaksi positif rata-rata penduduk Melalap, apa yang mereka sifatkan hadiah istimewa kerajaan kepada mereka.

“Ini berita yang sangat menggembirakan seluruh penduduk di sini (Melalap),” kata bekas Ketua Anak Negeri Madusin Datuk Sanggau, 64.

Landasan keretapi dari Tenom ke Melalap dibina pada 1906 semasa pentadbiran  British North Borneo Charted Company  tetapi perkhidmatannya dihentikan ketika era kerajaan Berjaya kerana ia tidak lagi berdaya saing selepas jalanraya menghubungkan Tenom – Keningau – Kota Kinabalu siap dibina.

British North Borneo Charted Company mewujudkan perkhidmatan itu sebagai pengangkutan utama, selain untuk mengangkut komoditi getah serta hasil tani yang lain untuk dipasarkan ke ibu negeri Jesselton (sekarang Kota Kinabalu).

Madusin berkata dengan adanya perkhidmatan terbaharu itu mampu merancakkan pembangunan ekonomi dalam kalangan penduduk setempat, sekali gus menjadi Melalap sebagai sebahagian destinasi pelancongan di kawasan pedalaman itu.

Beliau mencadangkan kepada kerajaan agar lebih banyak aktiviti dirancang untuk menarik lebih banyak kehadiran pelancong ke daerah itu.

“Perlu ada sesuatu yang sangat menarik dibangunkan di sini (Melalap), selain daripada Pusat Kebudayaan Murut.

“Perlu juga disediakan kemudahan yang mencukupi seperti restoran dan (tempat) penginapan,” kata Leong Tong Hin, 66.

Leong yang lahir dan membesar di Melalap berkata kewujudan semula perkhidmatan keretapi dari Tenom ke Melalap mengembalikan banyak kenangan manis kepada beliau.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini (Melalap), keretapi ini membawa makna yang sangat besar kepada saya dan penduduk yang lain,” katanya.

Pelancaran pembangunan semula landasan keretapi Tenom – Melalap disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel