Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM terima pingat kebesaran kerajaan Jepun


Tarikh kemaskini: 10/04/2019





MELAKA, 10 April (Bernama) -- Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dianugerahkan pingat kebesaran daripada Kerajaan Jepun 'The Order of the Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon' pada Khamis lepas (4 April).

Anugerah itu disampaikan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa di kediaman beliau di Kuala Lumpur berikutan sumbangan Ahmad Tajuddin dalam menggalakkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Beliau menerima pengiktirafan tersebut menerusi peluang berharga kepada Jepun untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan Malaysia berkenaan bagaimana menambah baik keselamatan tenaga di negara ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib menerusi kenyataan di sini hari ini mengucapkan tahniah kepada Ahmad Tajuddin atas penganugerahan tersebut yang amat bertepatan dengan sumbangannya yang turut menerajui organisasi seperti Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengerusi Gas Malaysia Sdn Bhd.

Shahrin berkata, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM itu jelas turut berperanan besar dalam memajukan sektor pendidikan tinggi di Malaysia menerusi sumbangan kepakaran dan pengalaman beliau kepada UTeM begitu juga sebagai Pro Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

"Pengalaman beliau dalam kerjaya menerusi sektor kerajaan dan korporat seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) amat membantu UTeM dalam menyerlahkan nama baik sebagai universiti teknikal terunggul di Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel