Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebakaran di Rapid Pengerang: Polis terima 84 laporan penduduk


Tarikh kemaskini: 13/04/2019





JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) -- Polis menerima 84 laporan setakat ini yang dibuat penduduk sekitar Pengerang berhubung insiden kebakaran dan letupan di tapak projek Rapid Pengerang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kejadian itu terkawal sepenuhnya dan tiada insiden susulan berlaku.

"Kesemua 84 laporan itu dilakukan di Balai Polis Sungai Rengit dan Balai Polis Pengerang," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar berhubung kejadian itu.

Beliau berkata menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam insiden kebakaran dan letupan yang berlaku pada kira-kira 1.20 pagi itu, dua warga tempatan cedera dan dipercayai lebih 10 buah rumah rosak di Kampung Lepau, berhampiran Pengerang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel