Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan bina klinik kesihatan untuk Orang Asli di Pos Brooke


Tarikh kemaskini: 14/04/2019





GUA MUSANG, 14 April (Bernama) -- Lebih 1,000 Orang Asli di daerah ini bakal menerima klinik kesihatan serba lengkap bernilai RM11 juta yang akan beroperasi dalam masa terdekat di Pos Brooke.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata fasiliti khusus untuk komuniti itu akan memudahkan Orang Asli mendapat rawatan kerana kedudukannya lebih dekat berbanding sebelum ini yang memerlukan mereka ke klinik sementara di bangunan lama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing. 

 “Selepas ini, masyarakat Orang Asli tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak mendapatkan rawatan,” katanya  kepada pemberita di sini, hari ini ketika melawat bangunan baharu itu. 

Katanya klinik baharu itu dalam fasa persiapan terakhir sebelum beroperasi.

"Selain dapat menerima rawatan, kaum itu juga boleh mengikuti pelbagai program berkaitan kesedaran kesihatan yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya. 

Menurutnya bagi kemudahan ibu mengandung, Jabatan Kemajuan Orang Asli menyediakan pusat transit di Kampung Kuala Betis sebelum mereka dibawa ke Hospital Gua Musang apabila tiba masa untuk bersalin.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel