Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cubaan seludup keluar burung murai kampung dipatahkan Polis Marin


Tarikh kemaskini: 14/04/2019





JOHOR BAHRU, 14 April (Bernama) -- Cubaan sekumpulan lelaki untuk menyeludup keluar 970 ekor burung murai kampung ke negara jiran gagal apabila berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) dalam satu serbuan di sini, malam tadi.

Komander PPM W2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata serbuan pada 11.30 malam di tepi pantai Kampung Simon di Teluk Ramunia, Kota Tinggi itu adalah hasil intipan yang dilakukan pihaknya.

“Sebelum diserbu, mereka dilihat sedang menunggah 97 kotak yang mengandungi burung berkenaan dari sebuah kenderaan ke satu kawasan di tepi pantai.

“Namun apabila menyedari kelibat pihak berkuatkuasa, mereka bertindak memecutkan kenderaan dan melarikan diri,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata semua burung yang dirampas dibawa ke Markas Taktikal PPM W2 itu dan burung yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM29,000.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Burung murai kampung merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel