Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

USM tandatangan MoU dengan Special Olympics Malaysia bagi memperkasakan golongan OKU intelektual


Tarikh kemaskini: 14/04/2019





KOTA BHARU, 14 April (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Special Olympics Malaysia (SO) sebagai satu usaha untuk memperkasa golongan orang kelainan upaya intelek (ID) atau Intellectual Disabilities di Kelantan.

Naib Cancelor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata melalui memorandum persefaham menerusi Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) ia bakal menjadikan USM sebagai pusat rujukan penjagaan kesihatan termasuk memberi pendidikan serta sosial bagi golongan ID terbabit.

“USM menyambut baik kerjasama bersama SO iaitu sebuah badan sukan amal yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan bagi menyediakan kemudahan dan memberi segala nasihat kepakaran kepada golongan ID,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Majlis Meterai MoU dengan Special Olympics Malaysia di Kampus USM Kubang Kerian disini hari ini. Hadir sama, Pengerusi Special Olympics Malaysia Nur Azida Daud , Timbalan Pengarah Kampus Kesihatan USM Prof Dr Adam Husein.

Dr Asma berkata sebagai universiti yang sudah lama menumpukan perkhidmatan kepada golongan OKU, USM sememangnya mengalukan kerjasama dengan institusi-institusi serta badan bukan kerajaan (NGO) demi meningkatkan mutu kehidupan serta kesejahteraan golongan ini. 

“Melalui data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) golongan ID telah mencecah hampir 900,000 dan dari jumlah berkenaan, 150,000 berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya. 

“Kesukaran utama yang kita hadapi adalah untuk mendapatkan data yang tepat kerana kebanyakan ibu bapa terutama yang mempunyai anak Celebral Palsy (CP) tidak mahu membawa anak mereka ke hadapan dan kita yakin bilangan yang terpinggir masih ramai. 

Dalam usaha untuk memartabatkan golongan ini, melalui Modul Latihan Pekerjaan OKU Intelek yang telah diperkenalkan oleh USM sejak tahun 2012 di Kampus Kubang Kerian dan Pulau Pinang, seramai 60 graduan berjaya dilahirkan dengan kesemuanya telah mendapat pekerjaan.

“Malah salah seorang daripada graduan berkenaan telah mendapat geran JKM untuk mengusahakan nurseri tanaman dengan memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan.” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel