Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Sahruddin perlu laksana tugas dengan tegas demi rakyat - Anwar


Tarikh kemaskini: 14/04/2019





KUANTAN, 14 April (Bernama) -- Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Dr Sahruddin Jamal akan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dengan tegas dalam membela nasib rakyat. 

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana proses pertukaran Menteri Besar Johor berlaku dalam suasana yang baik dan teratur walaupun mendakwa terdapat sedikit keluh kesah pada peringkat awal. 

Katanya, PKR sejak dari awal berpendirian kedudukan kerusi itu adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyokong pelantikan Dr Sahruddin selaku Menteri Besar Johor. 

"Kita ucapkan tahniah dan berharap (Dr Sahruddin) dapat meningkatkan prestasi untuk menjaga dasar dan kepentingan rakyat Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Keadilan Pahang di Kuantan Avenue di sini, hari ini. 

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota. 

Dr Sahruddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, hari ini dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April lalu. 

Dr Sahruddin menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pada 9.30 pagi hari ini.

Sementara itu dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar juga menyifatkan pengunduran Osman daripada jawatan Menteri Besar sebagai bukti ketegasan kerajaan Pakatan Harapan. 

"Mana ada dalam sejarah seorang Menteri Besar hanya 10 bulan... tapi ini berlaku kerana kita berjanji tidak akan tunggu jika ada kesilapan. Jika berlaku pada pentadbiran dahulu, adakah mereka akan lakukan yang sama?," katanya. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel