Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030


Tarikh kemaskini: 15/04/2019





KOTA KINABALU, 15 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah komited membangunkan sektor perindustrian dengan menyasarkan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 35 peratus menjelang 2030.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata dalam usaha mencapai sasaran itu, kerajaan  mengambil pelbagai inisiatif termasuk membangunkan taman perindustrian baharu dengan model perniagaan  yang kondusif untuk pelaburan.

"Selain itu, kerajaan juga akan meningkatkan lagi usaha untuk membangunkan jaringan jalan raya yang lebih baik, menyediakan  prasarana dan bekalan utiliti yang mencukupi," katanya ketika menjawab soalan Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Menteri Perindustrian dan Perdagangan itu berkata usaha untuk mempromosi peluang pelaburan juga akan ditingkatkan, terutama dalam aktiviti hiliran bernilai tinggi, khususnya dalam industri hiliran minyak dan gas di SOGIP, perkayuan di hab perabot, Sandakan serta kelapa sawit  di Lahad Datu.

Selain itu, penyediaan pelan induk perindustrian baharu juga dibuat bagi menggariskan pelan tindakan strategik agar mekanisme penyelarasan lebih mantap dalam melaksanakan dasar industrialisasi kerajaan.

"Kerajaan akan meningkatkan lagi usaha untuk menggalakkan pemprosesan hiliran, bukan sahaja menjana pendapatan kepada kerajaan dalam bentuk cukai, malah mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel