Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedah mohon peruntukan atasi masalah parit di Mergong


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada Kementerian Kerja Raya bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan Mergong, di sini yang tidak mampu menampung aliran air, sehingga menyebabkan ia melimpah ke kawasan sawah berdekatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri Azman Nasrudin berkata, limpahan itu yang turut mengandungi air kumbahan daripada kawasan perumahan berhampiran, menyebabkan sawah padi yang diusahakan 12 petani di kawasan itu terjejas.

“Sistem perparitan sedia ada sempit dan sering tersumbat, dan air yang datangnya daripada kawasan perumahan melimpah ke kawasan sawah, dan sejak 2016 lagi ada petani tidak dapat usahakan sawah mereka apabila tanah rosak dicemari air kumbahan manusia.

“Saya selaku exco bertanggungjawab akan memastikan masalah ini diselesaikan secepat mungkin supaya petani dapat mengerjakan semula sawah mereka,” katanya selepas meninjau kawasan sawah itu di sini hari ini.

Katanya, selain merosakkan tanah dan tanaman, limpahan air itu turut membawa bau busuk terutama ketika hujan lebat.

Azman berkata, keadaan tersebut telah menyebabkan kira-kira 11.5 hektar kawasan sawah di kawasan itu terpaksa ditinggalkan petani tanpa diusahakan.

Sementara itu, seorang petani yang terjejas??????? Rozaimi Hashim, 47, berkata beliau telah mengalami kerugian lebih RM40,000 sejak dua tahun lalu apabila padi yang ditanam tidak menjadi, kerana terdapat mendapan minyak di sawahnya.

“Aduan demi aduan kami buat sejak dulu lagi, namun masalah ini masih berlarutan sehinggalah exco baharu ini sudi mendengar rintihan kami dan segera turun meninjau kawasan yang terjejas, malah berjanji untuk selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Nasib sama turut dialami Romaizi Ali, 45, yang mendakwa sudah tidak mempunyai sumber pendapatan lagi kerana tidak dapat mengusahakan sawahnya yang berkeluasan satu hektar.

“Macam mana kita nak buat, tanah menjadi selut macam ada minyak dan sabun, malah air longkang yang hitam pekat dan busuk masuk ke bendang dan menyebabkan padi tidak tumbuh dan jika tiba masa menuai tanah sawah menjadi jerlus,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel