Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar


Tarikh kemaskini: 18/04/2019





ALOR SETAR, 18 April (Bernama) -- Sebuah kilang kitar semula di Jalan Bakar Arang, Sungai Petani musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Mohd Ridzuan Nut Jamudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 pagi sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita dapati kilang kelas A yang melibatkan longgokan bahan kitar semula plastik telah terbakar. Ia melibatkan kebakaran di dua sektor iaitu sektor B dengan anggaran kebakaran sebanyak 40 peratus dan sektor C yang terbakar 100 peratus.

“Kerja pemadaman dibahagikan kepada empat penjuru dengan menggunakan kaedah 'foam', penggunaan jentera khas 'Aerial Ladder Platform' (ALP) dan pasukan Hazmat telah dikerahkan ke lokasi untuk membantu mempercepatkan kerja pemadaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ridzuan berkata sehingga kini, kerja-kerja pemadaman masih berjalan namun dalam keadaan terkawal dan mungkin memakan masa yang lama kerana ia melibatkan kebakaran bahan plastik.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan punca kebakaran serta anggaran kerugian dialami,” katanya.

Sementara  itu, Pengarah Pendidikan negeri Abd Aziz Selaiman ketika dihubungi Bernama menafikan bahawa terdapat arahan supaya sekolah-sekolah yang berada berhampiran kawasan kilang tersebut ditutup.

Ia susulan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa sekolah-sekolah yang berada dalam 5 kilometer radius dari kilang tersebut ditutup susulan kebakaran itu.

“Terdapat empat sekolah yang terletak di sekitar kawasan tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom, Sekolah Kebangsaan Petani Jaya, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Kwang.

“Kita telah mendapat pengesahan daripada pihak Bomba dan Jabatan Alam Sekitar bahawa keadaan adalah selamat untuk murid-murid meneruskan sesi persekolahan dan ia berjalan seperti biasa. Mungkin ada ibu bapa yang cemas dengan keadaan ini sehingga menyebabkan berlakunya salah faham,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel