Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AADK P.Pinang rampas 100 kg daun ketum


Tarikh kemaskini: 18/04/2019





BUTTERWORTH, 18 April (Bernama) -- Dua orang lelaki dalam perjalanan dari Kedah ke Pahang untuk menghantar bekalan lebih 100 kilogram daun ketum ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah (Kanan) Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK negeri, Ibrahim Muhamad Said hari ini berkata pihaknya yang menjalankan pemeriksaan  jalan raya di plaza tol itu menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki berusia 34 dan 35 tahun berkenaan kira-kira pukul 11 malam selepas mereka  berada didapati dalam keadaan mencurigakan.

"Mereka cuba menipu kononnya tidak membawa apa-apa namun pemeriksaan di dalam kereta itu menemui beberapa bungkusan hitam berisi daun ketum sebelum mereka mengaku mendapatkannya di sebuah kampung di Pendang, Kedah untuk dijual di Pahang," katanya.

Katanya semua daun ketum jenis urat merah itu baru sahaja dikutip petang semalam sebelum terus dibawa dengan kereta untuk dihantar ke Pahang bagi menjaga kualitinya.

Beliau berkata daun ketum berurat merah itu berkualiti tinggi dan boleh mencecah harga dua kali ganda berbanding daun ketum biasa.

"Kedua-dua lelaki itu  mengaku sudah beberapa kali menghantar bekalan daun ketum berkenaan sebelum ditahan semalam  dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel