Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki ditahan ketika leka bungkus ketum


Tarikh kemaskini: 18/04/2019





ALOR SETAR, 18 April (Bernama) -- Seorang lelaki ditahan ketika sedang leka membungkus daun ketum di kediamannya di perumahan guru Felda Sungai Tiang, dekat Pendang, semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, ketika serbuan pada pukul 4.30 petang itu, lelaki berusia 31 tahun itu sedang mengisi daum ketum yang diikat rapi ke dalam satu plastik hitam.

“Suspek hanya sempat mengisi daun ketum dalam satu plastik hitam dan selebihnya masih berada di atas lantai dan polis turut menemui seunit alat penimbang dan 26 plastik hitam yang masih kosong untuk digunakan suspek bagi mengisi kesemua daun ketum itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sebanyak 270 kilogram daun ketum yang dianggar bernilai RM8,000 ditemui di kediaman itu yang dipercayai diperoleh dari kawasan sekitar daerah Pendang untuk dipasarkan ke Kelantan.

Menurut Arriz Sham, suspek yang juga seorang peniaga kedai makan dipercayai telah menjalankan kegiatan menjual daun ketum sejak Januari lepas sebagai sumber pendapatan sampingan.

“Semakan turut mendapati suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia juga positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel