Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan


Tarikh kemaskini: 18/04/2019





LABUAN, 18 April (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan dan Jabatan Perikanan Labuan menahan lima nelayan Vietnam serta tiga nelayan Indonesia kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara  membabitkan rampasan berjumlah RM336,600, dalam operasi berasingan yang diadakan semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dalam kes pertama, nelayan warga Vietnam itu didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran pada 9 pagi di perairan Malaysia.

“Kami merampas bot kayu mereka bersama enjin dan peralatan menangkap ikan bernilai RM133,800, bagaimanapun semasa penahanan itu, tiada hasil laut yang ditangkap nelayan terbabit,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Penahanan kedua melibatkan warga Indonesia berusia antara 25 dan 38 tahun di atas sebuah kapal pukat tunda kerana menangkap ikan menggunakan pukat di bawah 38mm, iaitu kesalahan di bawah Seksyen  26 (b) Akta Perikanan 1985.

“PPM dan Jabatan Perikanan sedang mengadakan Op Gelora Khas apabila pasukan kami mendapati mereka menangkap ikan secara haram kira-kira 7.4 batu nautika di perairan Tanjung Punai berhampiran Universiti Malaysia Sabah Labuan pada 6.50 pagi semalam,” katanya.

Mohamad Pajeri berkata rampasan bernilai RM202,800  membabitkan hasil tangkapan berjumlah 150 kilogram, kapal pukat tunda bersama enjin dan peralatan menangkap ikan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Anak Sarawak peroleh biasiswa wanita berprestij Jerman

 
     

KDM janjikan pengalaman digital, 'moh' datang ramai-ramai ke Ipoh

 
     

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel