Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Paip bekal air ke Kampung Ayer Ganda siap sebelum Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 19/04/2019





IPOH, 19 April (Bernama) -- Paip baharu daripada sistem agihan Loji Rawatan Air (LRA) Lawin bagi membekalkan air ke kawasan Kampung Ayer Ganda dekat Gerik dijangka siap sebelum Aidilfitri.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata projek pembinaan paip sepanjang 11.5km itu berjalan dengan baik.

"Sekarang kami masih menyediakan air bersih melalui lori tangki kepada penduduk di sana setiap hari. Saya fikir ia akan berlanjutan sehingga paip yang sedang dibina ini siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik media pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini hari ini.

Lembaga Air Perak (LAP) telah memberhentikan operasi LRA Ayer Ganda di Gerik pada 9 April lepas susulan penemuan sisa arsenik, sejenis logam berat dalam sampel air Sungai Rui di Hulu Perak baru-baru ini dan arahan itu dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). 

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye memaklumkan air dari LRA Ayer Ganda di Gerik boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian dan mandi, namun masih belum dapat diminum susulan penemuan arsenik.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata berikutan kenyataan yang dibuat oleh timbalan menteri kesihatan itu, tentunya SPAN bersama Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan arahan seterusnya kepada LAP tidak lama lagi.

LRA Ayer Ganda yang berkapasiti 0.68 juta liter sehari (JLH) itu membekalkan air kepada kira-kira 312 akaun pengguna di Kampung Ayer Ganda.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel