Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu e-hailing Perak minta kerajaan selaraskan kadar bayaran lesen PSV


Tarikh kemaskini: 19/04/2019





IPOH, 19 April (Bernama) -- Pemandu kenderaan e-hailing atau Grab di Perak meminta kerajaan menyelaraskan harga lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dan skim pembayaran insurans berikutan kadar yang ditetapkan berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri.

Seorang pemandu, Ramli Ahmad Razali, 50, berkata perkara ini perlu diberi perhatian berikutan kebanyakan pemandu di negeri ini mempersoalkan harga lesen PSV dan insurans yang dikenakan ke atas mereka berbeza.

"Kita menyokong usaha kerajaan yang menetapkan harga lesen PSV yang perlu dibayar oleh pemandu e-hailing tetapi kerajaan perlu mengkaji semula sistem e-hailing termasuk penetapan harga lesen PSV dan insurans yang dilihat sangat bercelaru serta tidak seragam di seluruh negara.

"Sebagai contoh, harga lesen PSV di Kuala Lumpur hanya RM80 hingga RM90 manakala di Tanjung Malim pula dikenakan sebanyak RM130 dan beberapa kawasan di Perak ada yang dikenakan sehingga RM200...mengapa di Perak lebih mahal harga lesen yang dikenakan berbanding di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan aman yang disertai kira-kira 50 pemandu e-hailing di pekarangan Stadium Perak di sini hari ini.

Pada November tahun lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata semua pemandu perkhidmatan 'e-hailing' mesti membuat pendaftaran lesen PSV seperti pemandu teksi lain mulai Januari tahun ini.

Loke berkata pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai tahun ini untuk menyelesaikan pendaftaran lesen PSV mereka termasuk mengikuti kursus PSV.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel