Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chong bidas GPS tidak jaga kebajikan rakyat di kubu kuat


Tarikh kemaskini: 20/04/2019





KOTA SAMARAHAN, 20 April (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen hari ini membidas kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang didakwanya mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan kubu kuat sendiri seperti Kampung Kuap Dayak, di sini.

Katanya penduduk di kawasan itu menghadapi masalah tekanan air rendah sejak lima tahun lepas berikutan pertambahan kediaman serta projek pembangunan di kawasan berhampiran.

“Sudah berkali-kali mereka meminta Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan ini membantu menyelesaikan masalah atau setidak-tidaknya membekalkan tangki air namun tidak diendahkan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 17 tangki air kepada penduduk di sini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata walaupun kawasan ini tidak termasuk bawah kawasan Parlimen Stampin yang diwakilinya, prinsip beliau ialah membantu siapa sahaja yang dalam kesusahan.

“Saya menggesa kerajaan negeri agar tidak mengabaikan penduduk di sini. Kami akan terus mendesak kerajaan negeri agar mengganti dan menambah baik paip sedia ada ke kampung ini,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel