Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maritim Malaysia Tawau tahan remaja lelaki seludup keluar 1 tan gula


Tarikh kemaskini: 21/04/2019





TAWAU, 21 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang remaja lelaki di kedudukan 1.5 batu nautika dari Sungai Pukol, Sebatik di sini, selepas cuba menyeludup keluar lebih satu tan gula bersubsidi ke Indonesia, pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata remaja tempatan berusia 18 tahun itu ditahan pada 5.15 petang selepas pihaknya yang dalam Ops Pluto terserempak bot jongkong dikendalikan suspek membawa muatan gula seludup itu sebelum periksa.

"Pemeriksaan awal mendapati bot jongkong tersebut membawa muatan gula bersubsidi tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata, tahanan dan barang rampasan kira-kira RM50,000 itu ditunda ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnya, pihaknya akan terus meningkatkan rondaan serta penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras dan mengurangkan perlanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Katanya, orang ramai disarankan untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan salah laku jenayah maritim menerusi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel