Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Musim ubur-ubur di Sabah dijangka berterusan sehingga Mei


Tarikh kemaskini: 21/04/2019





KOTA KINABALU, 21 April (Bernama) -- Musim ledakan ubur-ubur di Sabah dijangka berterusan sehingga bulan depan berikutan keadaan cuaca panas dan kering.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata susulan laporan ledakan ubur-ubur khususnya di pantai barat Sabah awal tahun ini, Jabatan Perikanan Sabah telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat kejadian di pantai Tanjung Aru itu.

Pasukan yang diketuai oleh Dr Shuhadah Mustapha daripada Pejabat Biosekuriti Perikanan Likas itu berjaya mengenal pasti satu spesies yang dominan dikenali ubur-ubur pasir, iaitu ubur-ubur bertompok hitam dan sesungut ubur-ubur ini boleh menyebabkan kegatalan atau alergi apabila bersentuhan dengan kulit, mengakibatkan radang dan bengkak pada bahagian berkenaan.

“Orang ramai perlu memakai pakaian mandi yang menutupi seluruh badan untuk mengelak daripada disengat selain tidak mengutip ubur-ubur yang mati kerana ia mungkin masih mempunyai nematocysts yang masih hidup dan boleh membebaskan toksin (walaupun selepas haiwan itu kering),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mematuhi papan tanda amaran selain menjauhi kawasan pantai yang dipacakkan bendera merah, menandakan kehadiran ubur-ubur.

“Paling penting, orang ramai harus sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di laut,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel