Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga pengedar dadah warga Indonesia ditahan di Bintulu


Tarikh kemaskini: 22/04/2019





BINTULU, 22 April (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia yang aktif mengedar dadah di sini sejak hujung tahun lepas dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Abang Galau semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata dalam serbuan pada kira-kira pukul 9.00 malam itu, polis turut merampas dadah syabu seberat 531.95 gram dianggar bernilai RM79,792.50 daripada ketiga-tiga penganggur yang berumur antara 21 dan 34 tahun itu.

“Saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya dadah syabu itu ditemui oleh pasukan JSJN Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak yang membuat serbuan itu, disimpan dalam kotak rokok, kotak menyimpan jam dan juga beg plastik timah.

“Suspek disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan dan kini suspek ditahan reman 14 hari dibawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel