Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Japen Sarawak kolaborasi dengan AADK, PDRM basmi dadah


Tarikh kemaskini: 22/04/2019





KUCHING, 22 April (Bernama) -- Jabatan Penerangan (Japen) Sarawak berkolaborasi dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Timbalan Pengarah Japen Sarawak, Ali Suhaili berkata program yang diwujudkan melalui kolaborasi ini akan memberi fokus kepada ibu bapa kerana mereka mempunyai kuasa pemantauan penuh terhadap aktiviti anak-anak berbanding guru dan orang sekeliling.

“Masyarakat wajib menegur dan melaporkan sebarang aktiviti yang melibatkan dadah yang berlaku terutama di kawasan kampung,” katanya ketika merasmikan Program Taklimat Sivik Pencegahan Dadah, anjuran Japen Sarawak di sini hari ini. 

Beliau berkata, Japen berperanan sebagai platform untuk melaksanakan kempen pembasmian dadah dan kesedaran kesan bahaya pengambilan dadah terutama kepada anak-anak sekolah. 

Laporan statistik AADK menunjukkan sebanyak 693 kes dadah telah dilaporkan di Sarawak tahun lepas, meningkat sebanyak 253 kes berbanding 2017. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel