Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelabuhan Bintulu kendali 48 juta tan kargo pada 2018


Tarikh kemaskini: 22/04/2019





KUCHING, 22 April (Bernama) -- Pelabuhan Bintulu mengendalikan sebanyak 48.34 juta tan kargo pada tahun lepas berbanding 50.28 juta tan pada 2017, sekali gus menjadikannya yang ketiga terbesar di Malaysia dan terbesar bagi Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) Tan Sri Ali Hamsa berkata kargo sektor gas asli cecair (LNG) merupakan hampir 51 peratus daripada jumlah kargo itu pada 2018 berbanding tahun sebelumnya  sebanyak 54 peratus.

“Pelabuhan Samalaju juga terus memaparkan sumbangan positif dengan mencatat peningkatan ketara kendalian kargo sebanyak 59.7 peratus. Ia beroperasi sepenuhnya pada tahun lepas berbanding operasi separuh tahun pada 2017," katanya yang juga Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif syarikat itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan BPHP di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Datuk Mohammed Medan Abdullah berkata Pelabuhan Bintulu juga berada di landasan tepat bagi melaksanakan strategi bagi mengelak terlalu bergantung kepada kargo-kargo LNG.

“Kami telah mempelbagaikan segmen kargo itu serta sumber pendapatan dan kini berada di kedudukan tepat untuk mencapai matlamat itu," katanya.

BPHB mencatat pulangan sebanyak RM686.14 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 iaitu peningkatan sebanyak 0.93 peratus atau RM6.32 juta berbanding tahun lepas sebanyak RM679.82 juta.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel