Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Timbalan Pengarah JKNS Sabah, dua isteri didakwa terbabit rasuah


Tarikh kemaskini: 22/04/2019





KOTA KINABALU, 22 April (Bernama) -- Timbalan Pengarah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) dan dua isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki wang hasil haram dengan nilai keseluruhan RM2,199,739.

Ketiga-tiga tertuduh, Ismail Ahmad, 58, isteri pertamanya Masniah Buaya, 58, dan isteri keduanya, Runtiah Rais, 42, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Ismail, didakwa dengan 23 pertuduhan yang mana lapan pertuduhan secara individu, sembilan pertuduhan bersama Runtiah, dan enam lagi bersama Masniah.

Kesemua 23 pertuduhan yang melibatkan RM2,199,739, itu melibatkan projek di jabatan berkenaan dan 21 pertuduhan dilakukan pada 23 Jan 2018 di beberapa lokasi bank di sekitar Kota Kinabalu dan masing-masing satu pertuduhan dilakukan pada 24 Jan 2018 dan 29 Ogos 2019.

Hakim Abu Bakar Manaf membenarkan Ismail diikat jamin RM100,000, dan masing-masing RM50,000 untuk kedua-dua isterinya dan menetapkan 19 Jun depan sebagai sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh diwakili Peguam Wontti Junius manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat dan Mohd Farez Rahman.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel