Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Semporna tahan dua lelaki seludup minyak petrol


Tarikh kemaskini: 23/04/2019





SEMPORNA, 23 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua lelaki berhampiran perairan Pulau Bum Bum dekat sini, selepas cuba menyeludup keluar 150 tong berisi minyak petrol ke Filipina, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pihaknya yang menjalankan tugas rutin terserempak sebuah bot kargo dikendalikan dua lelaki warga Filipina berumur 60 dan 40 tahun itu  dalam keadaan mencurigakan sebelum bot itu ditahan pada 8 malam.

"Kedua-dua lelaki yang tidak memiliki dokumen diri sah itu bertindak meloloskan diri apabila menyedari kehadiran bot pasukan keselamatan.

"Namun, anggota penguat kuasa mengejar dan menahan bot suspek, hasilnya terdapat 150 tong minyak petrol dianggarkan bernilai RM24,500 dalam ruangan bot tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Norrimi, tangkapan kes penyeludupan itu merupakan yang kedua bagi tahun ini selepas Februari lepas yang mana kegiatan menyeludup bahan bakar ditumpaskan APMM.

Susulan itu, katanya APMM Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan daerah ini.

Katanya, orang ramai disaran memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat aduan kepada pusat operasi pasukan keselamatan menerusi talian 089-782619 atau MERS 999.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel