Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah dijangka lancar Pelan Pembangunan Pertanian bulan depan


Tarikh kemaskini: 23/04/2019





SANDAKAN, 23 April (Bernama) -- Kerajaan Sabah dijangka melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Pertanian pada bulan depan dalam usaha meningkatkan sektor itu secara lebih menyeluruh.

Pengarah Pertanian Negeri, Datuk Idrus Shafie berkata usaha itu juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri bagi mengetengahkan satu pelan khusus bagi pembangunan sektor pertanian.

Menurutnya, pelan khusus itu antara lainnya akan merangkumi aspek penanaman termasuk jagung, kopi, padi, buah-buahan dan sayur selain ternakan kelulut.

“Kerajaan negeri (menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah) telah lama berhasrat untuk mewujudkan satu pelan khusus sebagai rujukan untuk pembangunan pertanian secara menyeluruh.

“Ketika ini, pelan yang ada meliputi peringkat wilayah iaitu Pelan Pembangunan Wilayah Selatan (SRDP) dan Pelan Pembangunan Wilayah Timur (ERDP) yang akan turut dirujuk bagi menjayakan pelan hala tuju secara menyeluruh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Jabatan Pertanian Sabah Ke-37 di sini yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu, Dr Daud Yusof.

Selain itu, Daud berkata Kementerian Pertanian mempunyai lebih 1,000 kekosongan jawatan, sebahagian besarnya bagi bahagian penguatkuasaan jabatan dan agensinya termasuk Jabatan Pertanian Negeri.

Malah, katanya, Jabatan Pertanian Sabah turut memerlukan lebih ramai pekerja bahagian penguatkuasaan bagi memantau dan melancarkan lagi prosedur kuarantin tumbuhan serta produk pertanian yang dibawa masuk ke negeri itu.

Menurutnya, jabatan itu menerusi Seksyen Kuarantin Tumbuhan misalnya perlu bertanggungjawab menyelia 18 pintu masuk tumbuhan dan produk pertanian ke Sabah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel