Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat warga emas dibaham buaya ditemui di Sungai Pamburung


Tarikh kemaskini: 24/04/2019





TAWAU, 24 April (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan dibaham buaya pagi Selasa, di Sungai Pamburung, Kilang Sawit KL-Kepong dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Mayat Zainuddin Bedda, 61, warga Indonesia itu ditemui di tepi sungai pada jam 11.34 pagi iaitu kira-kira dua jam selepas pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada 8.56 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, dalam satu kenyataan berkata lima anggota dengan sebuah kenderaan utiliti bomba digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat kecemasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya, 11.38 pagi tadi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel