Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang


Tarikh kemaskini: 24/04/2019





KOTA KINABALU, 24 April (Bernama) -- Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman mengalami cedera ringan selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai Konvoi Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah di Nabalu, Jalan Tamparuli-Ranau, dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika Azis yang juga Anggota Parlimen Sepanggar menunggang motosikalnya bersama-sama peserta konvoi lain ketika dalam perjalanan menuju ke Ranau.

Menurut kenyataan media di group WhatsApp Media Datuk Azis Jamman, Azis mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil serta masih lagi dirawat buat masa ini.

Difahamkan, Azis menerima rawatan di hospital berhampiran iaitu Hospital Tuaran.

Sebelum itu, pada jam 8 pagi hari ini, Azis menyertai konvoi itu yang juga diadakan untuk mempromosi Regatta Lepa Jubli Perak yang pelancaran beliau sempurnakan sendiri di Dataran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di sini.

Ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu, Azis memberitahu beliau baru sahaja memperoleh lesen B (melebihi 500 cc) dan menggunakan motosikal dipinjam daripada rakannya.

Menurutnya ini merupakan konvoi jarak jauh disertainya dan konvoi turut disertai Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Datuk Seri Zulkifli Abdullah. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel