Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Tawau tahan empat lelaki Indonesia cuba menyusup keluar


Tarikh kemaskini: 24/04/2019





TAWAU, 24 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan empat lelaki termasuk seorang juragan di muara Sungai Merotai dekat sini, selepas disyaki cuba menyusup keluar secara haram ke Indonesia, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Mohd Yusri Hussin berkata kesemua mereka merupakan warga Indonesia berumur antara 22 hingga 28 tahun itu ditahan selepas bot peronda APMM yang menjalankan tugasan Op Pluto Timur di kawasan tanggungjawab terserempak dengan bot berkenaan pada 8.30 pagi.

"Pemeriksaan awal mendapati juragan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, manakala dua penumpang memiliki i-Kad yang tamat tempoh dan seorang penumpang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata juragan itu ditahan ekoran gagal mengemukakan sebarang dokumen pendaftaran yang sah ke atas bot rekreasi yang dipandu manakala kesemua penumpang gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri sah dan memasuki perairan Malaysia.

Katanya, kesemua tahanan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel