Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MB Kelantan mahu semua pihak terlibat tangani dadah


Tarikh kemaskini: 27/04/2019





KOTA BHARU, 27 April (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mahu semua pihak bekerjasama bagi menangani gejala penagihan dadah di negeri ini yang semakin membimbangkan terutamanya dalam kalangan belia.

Ahmad berkata kerjasama itu bukan sahaja di peringkat negeri malah perlu melibatkan penglibatan luar bagi memastikan dalang yang melakukan kegiatan pengedaran dapat dikenal pasti.

"Seperti kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hasan beliau menyatakan kebimbangan mengenai isu terbabit yang melibatkan kegiatan dadah termasuk murid sekolah rendah secara berleluasa dan perlu ditangani.

"Jika kita lihat kegiatan ini berleluasa kerana pengedarannya dan bekalan dadah sintetik dan ketum bukan berasal dari Kelantan namun diedarkan secara meluas," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Belia Negara dan Pameran Ekspo Belia Peringkat Negeri Kelantan di perkarangan Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) di sini,  hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri turut menekankan kepada exconya supaya memberi perhatian kepada tiga perkara termasuk dalam menghadapi masalah sosial,  selain isu melibatkan sumber asli untuk diproses dan isu kebersihan.

"Jadi dalam soal berkaitan dadah ini ia merupakan perhatian pihak kerajaan negeri dan ia perlu ditangani bersama bagi memastikan gejala ini tidak terus membelenggu anak muda.

"Dadah sintetik merupakan antara yang menjadi kegemaran kini yang boleh merosakkan sistem saraf maka kita perlu lancar perang seperti perang candu yang sebelum ini pernah berlaku di negara China suatu masa dulu dan usaha ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel