Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenazah ibu Menteri Besar Perak selamat dikebumikan


Tarikh kemaskini: 29/04/2019





IPOH, 29 April (Bernama) -- Jenazah ibu Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Khairiah, Kampung Kepayang Fair Park di sini, kira-kira 11 pagi tadi. 

Allahyarham Datin Zaliha Nordin, 79, menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di sisi ahli keluarga di kediamannya di Kampung Sungai Rokam di sini, pada 7.25 malam semalam.

Terdahulu hari ini, kelihatan beberapa  Exco kerajaan negeri, pimpinan parti serta barisan kepimpinan negeri hadir menziarahi jenazah di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir di sini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel