Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki mahu kelar ibu


Tarikh kemaskini: 29/04/2019





ALOR SETAR, 29 April (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai cuba mengelar leher ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Kuala Nerang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Noh Idris berkata dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang berusia 70 tahun sedang berehat di ruang tamu sebelum suspek berusia 35 tahun tersebut datang ke arah mangsa.  

“Suspek telah mengambil sebilah sabit kecil dan cuba mengelar leher mangsa namun mangsa berjaya menepis tangan suspek. Selepas itu, berlaku pergelutan hingga menyebabkan lutut bahagian kanan mangsa cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk menerima rawatan manakala suspek diberkas polis di rumah sama pada 11.15 malam selepas menerima laporan.

“Suspek yang mempunyai dua rekod lampau itu dipercayai  berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan motif perbuatan adalah kerana suspek ingin mendapatkan wang daripada ibunya bagi membeli dadah jenis syabu dan heroin,” katanya.

Suspek kini direman sehingga 5 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel