Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pertubuhan Peladang Kedah tidak puas hati cara pelantikan ahli jemaah pengarah


Tarikh kemaskini: 29/04/2019





ALOR SETAR, 29 April (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan berhubung isu pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 yang dianggap tidak adil kepada anggota  pertubuhan itu.

Pengerusi PPN Kedah Datuk Abdul Lateh Mohd Saman mendakwa pindaan peraturan terbabit dilihat dibuat tanpa perbincangan dan pandangan menyeluruh dengan semua pihak terbabit.

Pindaan baharu yang akan mula dikuatkuasakan bermula 1 Mei itu memberikan kuasa kepada menteri untuk melantik beberapa individu di dalam Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Abdul Lateh yang mempertikaikan kuasa kepada menteri itu berkata pertubuhan peladang bukanlah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan sebaliknya ia ditubuh dan digerakkan seperti sebuah koperasi yang mana AJP dipilih di kalangan anggota yang juga pemegang saham di pertubuhan peladang.

Menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 22 April 2019, Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 menetapkan komposisi AJP PPK mestilah terdiri daripada tujuh ahli yang dalam mesyuarat agung tahunan dan lima ahli lagi dilantik oleh menteri, seorang daripadanya hendaklah merupakan Peladang Muda dan seorang lagi merupakan Peladang Nita.

Bagi AJP PPN pula, empat ahli dipilih melalui mesyuarat agung tahunan manaka lima lagi ahli dilantik oleh menteri dan pengerusi dinamakan oleh AJP dalam kalangan mereka yang diluluskan oleh menteri.

Lantikan AJP Nafas pula, lima ahli dipilih dalam mesyuarat agung tahunan dan enam ahli dilantik oleh menteri manakala pengerusi dinamakan oleh AJP dalam kalangan mereka yang diluluskan oleh menteri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel