Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kolaborasi universiti dan pemain industri IR4.0 diharap wujudkan perubahan kearah kehidupan lebih baik


Tarikh kemaskini: 29/04/2019





GEORGE TOWN, 29 April (Bernama) -- Dengan menggabungkan keupayaan akademik universiti serta kapasiti dan keupayaan pemain-pemain industri utama, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Asma Ismail berharap ia akan mewujudkan satu kolaborasi yang akan membuat perubahan kerarah kehidupan lebih baik menerusi revolusi industri ke-empat (IR 4.0).

Asma berkata salah satu cabaran yang dihadapi oleh era IR4.0 adalah dalam usaha mengaplikasi teknologi tinggi untuk kegunaan harian yang biasa, di mana produk-produk teknologi berinovasi mereka boleh digunakan dalam industri dan juga masyarakat.

Beliau turut mengetengahkan keperluan untuk memastikan ilmu serta teknologi inovatif hasil daripada IR4.0 boleh menjadi pemangkin dalam mencapai matlamat pembangunan yang mampan, seperti meningkatkan kualiti kehidupan, mengurangkan ketidakadilan dan meningkakatkan tahap pendapatan.

“Kami (USM) sentiasa menggalakkan translasi penyelidikan dan memberi penekanan kepada mewujudkan impak kepada masyarakat dengan mewujudkan produk penyelidikan mampan yang mesra alam, murah dan boleh diakses kepada golongan miskin dan memerlukan,” katanya semasa berucap di Persidangan Antarabangsa Teknologi dan Bahan Semikonduktor 2019 (ICoSeMT 2019).

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah.

Sementara itu Isnaraissah Munirah berkata halangan utama sektor pendidikan dan agensi-agensi penyelidikan dalam mendedahkan pelan IR4.0 adalah terlalu bergantung kepada keupayaan tenaga kerja untuk menginovasi dan mengguna pakai pengetahuan dan teknologi maju, merangkumi sistem autonomi yang dipacu oleh ‘big data’, dan teknologi pembelajaran mesin.

Sempena ulang tahun ke-50 USM, ICoSWeMT 2019 dianjurkan bersama dengan inisiatif menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, saintis, pengamal industri dan pelajar untuk berkongsi idea terbaru, pengetahuan dan penemuan dalam bidang bahan-bahan semikoduktor dan teknologi.  

Dengan tema 'Innovation Towards A Sustainable Tomorrow', acara itu menarik 200 peserta dari pelbagai syarikat, institusi penyelidikan dan penyelidikan akademik dari 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, France, Australia, Singaporea Korea, Pakistan dan Iraq.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel