Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemuda PH Pahang lapor polis program palsu 'Santai Teh bersama empat Putera Mahkota'


Tarikh kemaskini: 29/04/2019





KUANTAN, 29 April (Bernama) -- Pemuda Pakatan Harapan (PH) Pahang hari ini membuat laporan polis mengenai pihak tertentu yang menyebarkan maklumat palsu mengenai satu program yang kononnya akan dihadiri oleh empat kerabat diraja. 

Timbalan Pengerusi Pemuda PH Pahang Mohd Mustaqim Abdul Jalil melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah tanpa kebenaran. 

Beliau berkata tindakan sebegitu jelas tidak menghormati kedudukan Tengku Hassanal selain mencemarkan institusi diraja. 

"Penglibatan individu yang diketahui umum aktif dengan sebuah parti politik dalam menyebarkan poster program tersebut juga tidak wajar kerana mencampurkan institusi raja dengan politik," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini.

Baru-baru ini, poster program ‘Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota” itu  tular di media sosial  yang kononnya akan berlangsung di Mahkota Parade, Bandar Hilir di Melaka pada petang ini. 

Selain Tengku Hassanal, poster itu turut memaparkan gambar Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seorang lagi 'Putera Mahkota' yang tidak dinyatakan identitinya. 

Sumber Istana Pahang dan Pejabat Raja Muda Selangor dalam kenyataan media semalam, masing-masing menafikan penglibatan Tengku Hassanal dan Tengku Amir Shah dalam program tersebut. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel