Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemuda Amanah Kelantan gesa PPN tidak dipolitikkan


Tarikh kemaskini: 29/04/2019





KOTA BHARU, 29 April (Bernama) -- Pemuda Parti Amanah Negara Kelantan mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) untuk kepentingan pihak tertentu.

Ketuanya Hazmi Hassan berkata tindakan itu akhirnya akan merugikan industri perladangan dan pertanian di negeri itu.

“Semua pihak sebaliknya harus bekerjasama untuk memajukan dan membawa perubahan kepada  industri terbabit,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri penyerahan memorandum oleh anggota kepada PPN negeri di pejabat pertubuhan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akbar semalam yang melaporkan PPN Kelantan bercadang menyaman Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Ketua Pendaftar dan Kerajaan Pusat dalam masa terdekat bagi membantah pemindaan beberapa peraturan baharu yang dilakukan oleh kementerian tersebut.

Hazmi turut menggesa anggota PPN itu supaya menyambut baik inisiatif yang dilakukan oleh kementerian untuk menambah baik industri terlibat.

Sementara itu, wakil anggota PPN Wan Mohd Ruzman Mamat berkata memorandum tersebut adalah sokongan anggota terhadap usaha kementerian memperbaiki kelemahan PPN sebelum ini.

"Kita menyokong dan berharap inisiatif (pindaan) itu dapat diteruskan oleh kementerian bagi  mengatasi isu-isu yang terdapat sebelum ini.

"Tindakan menyaman dilihat satu tindakan yang kurang bijak dalam usaha kementerian melakukan perubahan terhadap sesebuah organisasi," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel