Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Kesihatan Perak pantau kebersihan pinggan, meja makan di restoran


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





IPOH, 30 April (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Perak akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kebersihan penyediaan makanan di restoran seluruh negeri tidak lama lagi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan.

Beliau berkata pemantauan yang dijalankan itu termasuk memeriksa kuman pada pinggan dan meja makan.

"Di negara barat, mereka meletakkan (pinggan mangkuk) di dalam pengering, cuci dan dipanaskan, jadi kita boleh kata tahap kuman sangat rendah sedangkan di sini mereka hanya mencucinya menggunakan air biasa, kemudian tinggal situ dengan mata kasar kita tidak nampak sebarang kuman. 

"Jabatan Kesihatan mempunyai kepakaran untuk menjalankan ujian, jadi kami akan melakukan ujian dan sebagainya untuk mengetahui jumlah kuman yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records murid teramai membersih tangan secara serentak dengan pembersih tangan sempena kempen mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di sini hari ini.

Program kesedaran itu dijalankan serentak di seluruh negara melibatkan 450,000 murid tahun satu yang mana 33,588 daripadanya adalah murid di Perak dari 852 sekolah.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata para pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan makanan yang dijamin bersih dan selamat.

"Kebersihan di meja dan pinggan juga penting, kita perlu lihat perkara ini...bukan setakat makanan dan harga menjadi hak pengguna malah (kebersihan) di sekeliling juga,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel