Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Perpaduan rancang tubuh 10 KRT dan SRS sebelum akhir tahun ini


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





KANGAR, 30 April (Bernama) -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis (JPNINNPs) merancang menubuh 10 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebelum akhir tahun ini.

Pengarahnya Mohd Rosli Alias berkata perancangan itu melibatkan penubuhan lima KRT dan lima SRS di kampung atau taman perumahan yang mempunyai minimum 500 rumah atau 1,500 penduduk.

Kampung atau taman perumahan yang belum menubuhkan KRT dan SRS boleh membuat permohonan kepada JPNINNPs.

“Setiap anggota jawatankuasa KRT dan anggota SRS diberi perlindungan insurans 24 jam di bawah skim perlindungan insurans berkelompok Takaful serta faedah khairat kematian,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program Pendidikan Keselamatan Kejiranan Parlimen Kangar di Dewan Taman Guru Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata bagi mereka yang meninggal dunia semasa bertugas meronda, waris mereka  akan menerima pampasan insurans RM40,000 dan semasa tidak bertugas (RM20,000) manakala khairat kematian RM1,500.

Bagi tempoh dua tahun lepas, 10 kes tuntutan insurans dan khairat kematian dibayar kepada waris anggota KRT dan SRS yang meninggal dunia di Perlis.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel