Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gara-gara elak kera, lima anggota bomba cedera di Gerik


Tarikh kemaskini: 02/05/2019





GERIK, 2 Mei (Bernama) -- Gara-gara ingin mengelak sekumpulan kera, lima anggota bomba cedera apabila jentera dinaiki terbabas dan terbalik ketika menuruni bukit di Kilometer (KM) 25.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kemalangan pada pukul 10.30 pagi berlaku semasa anggota berkenaan dalam perjalanan pulang ke Gerik selepas melakukan tugas memadam kebakaran sebuah lori di KM38.6 JRTB Gerik-Jeli.

Katanya mereka yang cedera adalah pemandu Ahmad Suhaimi Ibrahim, 51, yang mengalami patah kaki kiri; Mohd Nizam  Zakaria, 48, cedera di muka, patah gigi dan gusi, manakala Sirol Aflah Abu Hassan,37, luka di kepala.

Turut cedera Mohd Firdaus Mohd Sarif, 30, yang patah kaki kiri serta Mohamad Azizul Mohamad Ali, 21 cedera ringan di kaki dan kelima-lima mereka dirujuk ke Hospital Gerik untuk rawatan.

"Siasatan mendapati apabila tiba di tempat kejadian di laluan selekoh dan sedikit menurun, pemandu dipercayai mengelak sekumpulan kera yang melintas jalan sehingga gagal mengawal jentera dipandu sebelum terbabas dan terbalik," katanya ketika dihubungi. 

Katanya kemalangan menyebabkan jentera bomba terbabit mengalami kerosakan.

-- BERNAMA

   


 

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel