Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima syarikat bantu pasarkan harumanis - MB


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





KANGAR, 3 Mei (Bernama) -- Lima syarikat akan memasarkan mempelam harumanis ke seluruh negara dan luar negara bagi mengelakkan berlakunya lambakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pertanian bagi membantu petani.

“Inisiatif ini dibuat bagi membantu petani di negeri kita. Mereka (syarikat) beli dan pasar ke seluruh negara termasuk luar negara. Dengan cara ini kita pasti tidak berlaku lambakan harumanis. Selain itu, ia bakal mempunyai pasaran tersendiri kerana sepenuhnya diuruskan oleh syarikat berkenaan,” kata Azlan.

Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran Festival Jualan Mangga Harumanis Perlis 2019 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang di sini, hari ini.

Azlan berkata harumanis akan mengeluarkan hasil mulai bulan ini dan Pengarah Jabatan Pertanian negeri Hafizuddin Othman menganggarkan pengeluarannya mencapai 2,100 metrik tan kali ini.

Nilai jualan harumanis tahun lepas lebih RM31.4 juta dan dijangka meningkat tahun ini, kata Hafizuddin,

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel