Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Sabah komited tingkat prasarana pendidikan


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





SEMPORNA, 3 Mei (bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah akan memastikan prasarana dan kemudahan yang diperlukan dalam pendidikan akan disediakan dan sentiasa dipertingkat kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, kerajaan negeri juga akan sentiasa menyokong Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam usahanya melahirkan insan cemerlang.

"Kita akan terus memberi sokongan kepada guru dan agenda pendidikan yang tercinta ini dengan keutamaan akan diberikan kepada kecemerlangan pendidikan tanpa mengira kaum,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong di Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri, di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata, guru di Sabah banyak mencapai tahap membanggakan sekali gus membuktikan bahawa guru di negeri ini juga berketrampilan, dinamik dan bertaraf dunia.

“Buktinya daripada kejayaan guru yang menerima anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Sesungguhnya tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara, terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan guru sekalian, dalam menggalas amanah mendidik anak bangsa dan mengangkat martabat negara,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar terus berdedikasi ke arah melahirkan pelajar yang holistik, berdaya saing dan memiliki minda kelas pertama sejajar hasrat negara.

Sementara itu Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ketika sidang media berkata profesyen guru sentiasa dimartabat kerana guru memain peranan penting dalam melahirkan pewaris kepimpinan negara. 

Pada majis itu, cikgu Loh Kok Chea dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Negeri Sabah bagi tahun 2019, manakala mantan pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Muhiddin Yusin dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sabah 2019. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel