Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warisan dapat kerjasama penuh daripada parti gabungan terajui kerajaan negeri Sabah


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





SANDAKAN, 3 Mei (Bernama) -- Parti Warisan Sabah (Warisan) mendapat sokongan penuh daripada parti-parti gabungan dalam mentadbir kerajaan negeri Sabah, kata Presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata ini sejajar dengan komitmen Warisan yang mengutamakan kerjasama dengan parti lain dalam memastikan pentadbiran kerajaan negeri Sabah berjalan dengan baik untuk manfaat rakyat. 

"Mana mungkin Warisan menubuhkan kerajaan negeri tanpa sokongan parti lain seperti DAP. Begitu juga kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan di Semenanjung," katanya ketika berucap di majlis kemasukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat Datuk Raymond Tan Shu Kiah ke dalam Warisan di sini, hari ini.

Kerajaan negeri Sabah diterajui Warisan bersama parti PKR, DAP dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), dan menurut Shafie kerjasama antara parti-parti inilah yang menjadi faktor penting kepada kestabilan politik negeri.

Katanya kestabilan menjadi faktor penting kepada usaha menarik pelabur ke Sabah.

"Perlu ada kestabilan politik, jika ada sumber tapi dalam negeri dan negara tiada kestabilan politik maka sukar melaksanakan pembangunan," katanya.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel