Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tebatan banjir: Tawau lebarkan Sungai Tanjong


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





TAWAU, 3 Mei (Bernama) -- Sungai Tanjong di sini akan dilebarkan sebanyak 300 meter sebagai kaedah tebatan banjir.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah  Datuk Jimmy Wong berkata projek bernilai RM50 juta di jalan  Apas, dari Taman Green sehingga Kampung Titingan, akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Kejadian banjir kilat hari ini adalah bencana alam di luar jangkaan penduduk  Tawau. Projek melebarkan sungai ini dimasukkan sebagai satu daripada pelan pencegahan banjir yang penting semasa pentadbiran Barisan Nasional.

“Sesungguhnya saya percaya banjir kilat hari ini boleh dielakkan jika projek ini dilaksanakan lebih awal,” katanya kepada media selepas taklimat bersama jabatan itu dan pemimpin pembangunan komuniti Sri Tanjong  Koo Hung Eow.

Hujan lebat sejak pukul 3 pagi disertai air pasang yang  mencapai kemuncaknya pada 6 pagi mengakibatkan banyak kawasan di Tawau digenangi air hari ini.

Wong turut mencadangkan pemasangan kunci air di alur keluar sungai bagi mengelak kemasukan air laut ketika berlaku air pasang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel