Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SUP main peranan penting hubungan baik perkhidmatan awam persekutuan-negeri


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





KUCHING, 3 Mei (Bernama) – Persaraan Setiausaha Persekutuan (SUP) Sarawak, Datuk Mansor Man, pada Mei 12 ini, akan menjadi landasan untuk pengganti beliau memberi kerjasama dengan perkhidmatan awam negeri, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,

Beliau berkata Mansor sebagai SUP telah memainkan peranan beliau dengan baik bagi meneruskan hubungan baik antara perkhidmatan awam persekutuan dan juga perkhidmatan awam negeri di bawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Abang Johari berkata, segala pelan pembangunan untuk negeri ini harus dijalankan dengan cermat demi rakyat Sarawak tanpa memikirkan soal politik.

“Dengan perubahan kerajaan baharu persekutuan dan kerajaan negeri yang secara politiknya tidak sehaluan, namun dari sudut pentadbiran dan pengurusan adalah serupa, iaitu bagi memberikan khidmat yang lebih mantap kepada rakyat Sarawak” katanya pada Majlis Penghargaan Sempena Persaraan SUP di sini, malam ini.

Sementara itu, Mansor mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas kerjasama sejak  dilantik ke jawatan berkenaan sebagai SUP Sarawak yang ke-18 pada 1 Ogos, 2017.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Masing Jemut dan Datuk Amar Douglas Uggah serta Mohamad Morshidi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel