Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Meskipun kecil, komuniti India menjadikan Sandakan berbilang kaum


Tarikh kemaskini: 04/05/2019





SANDAKAN, 4 Mei (Bernama) -- Meskipun komuniti India di Sandakan hanyalah sebilangan kecil namun kehadiran mereka menjadikan Sandakan sebuah daerah yang berbilang kaum.

Menurut calon DAP bagi Pilihan Paya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee amat berbesar hati apabila dapat mendekati masyarakat India melalui program ramah mesra yang diadakan di sini.

"Walaupun komuniti mereka kecil tetapi sebagai calon seorang pemimpin, kita perlu bergaul dengan semua kaum yang terdapat di Sandakan, kita tidak boleh pinggirkan mereka," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong.

Dalam pada itu, Presiden kuil Sri Sithi Vinayagar, K.Ganesan yakin Wong mampu membawa lebih banyak pembangunan dan aspirasi seperti yang diharapkan oleh masyarakat di Sandakan.

Ganesan, yang juga bekas guru sekolah berkata, (Wong) adalah seorang pelajar sekolah yang cemerlang sebelum meneruskan pengajiannya ke peringkat universiti.

"Walaupun muda tetapi dia (Wong) mempunyai hala tuju yang jelas seperti mendiang bapanya," katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) negeri Sabah Siti Hazar Berahim berkata sepanjang tempoh berkempen, mereka akan bekerja keras menggerakkan jenteranya membantu calon DAP.

"Semua jentera kami akan gerakkan sebagai menunjukkan setiakawan sepanjang tempoh berkempen.

"Kita tunjukkan kekuatan Pakatan Harapan, Warisan dan UPKO di Sabah," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel