Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laluan basikal baharu siap sepenuhnya 2020 - DBKL


Tarikh kemaskini: 05/05/2019





KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjangkakan laluan basikal baharu dari Taman Melati, Setapak ke Kampung Baru siap sepenuhnya pada 2020.

Tanpa menjelaskan lanjut mengenai projek tersebut, Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL Datuk Mohd Najib Mohd berkata usaha berkenaan dibuat untuk memberi keselesaan kepada pengguna khususnya mereka yang beriadah melalui kawasan tersebut. 

"Kita dapati Sungai Bunus mempunyai jalan teratur yang boleh ditambah baik untuk laluan basikal, pejalan kaki dan beriadah. Jika mahu berbasikal ke tempat kerja sekalipun, ia tidak mengambil masa lama, hanya 20 minit ke sini (Sungai Bunus) dari Taman Melati.

"Jadi mereka tidak perlu membawa kenderaan ke tempat kerja, sebaliknya hanya berbasikal, ia sekali gus dapat merendahkan penggunaan karbon monoksida, dan pada masa sama, ia juga dapat meningkatkan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan sungai," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program 'Rediscover Sg Bunus Fun Cycle’ bersempena Hari Bumi Sedunia, di sini hari ini.

Beliau berkata DBKL dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut merancang menjadikan taman Sungai Bunus sebagai sebahagian daripada Taman Titiwangsa yang dapat menghubungkan terus ke Taman Kejiranan Ayer Panas, Setapak.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pembangunan Local Agenda 21 (LA21), Ahmad Shamsul Baharin berkata aktiviti berbasikal dipilih sebagai inisiatif menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti fizikal rendah karbon di samping menghayati keindahan sungai.

"Kita mahu masyarakat sekarang mempunyai rasa tanggungjawab kepada sungai. Seperti kita tahu Sungai Bunus ini satu-satunya sungai yang bermula dan berakhir di Kuala Lumpur dan melalui kawasan penempatan.

"Dahulunya sungai ini kawasan laluan kampung, tempat orang guna untuk angkat rotan dan buah-buahan tetapi sekarang kita nampak sungai ini dah jadi macam parit, tempat orang buang sampah dan ada tidak tahu wujudnya sungai ini. Jadi kita mahu kembalikan suasana itu semula dan mahu jadikan orang ramai lebih menghargai sungai,” katanya.

Program berbasikal sejauh tujuh kilometer yang disertai hampir 200 peserta dalam kalangan badan korporat dan orang awam itu adalah anjuran badan bukan kerajaan LA21 dengan kerjasama DBKL dan JPS. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel