Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persatuan penduduk dipelawa mohon G-KOM bentuk kejiranan harmoni dan selamat


Tarikh kemaskini: 08/05/2019





MELAKA, 8 Mei (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka (RoS Melaka) mempelawa persatuan penduduk negeri memohon geran komuniti (G-KOM) yang disediakan oleh kerajaan bagi  memastikan kawasan kejiranan berada dalam suasana selamat dan tenteram.

Pengarahnya Nurhafidah Ali berkata geran itu ditawarkan bagi membantu persatuan penduduk melakukan aktiviti keselamatan, pembersihan dan juga program kejiranan.

“Untuk tahun ini kerajaan menerusi Kementerian Kewangan memperuntukan RM20 juta bagi seluruh negara melibatkan sejumlah 7,416 persatuan penduduk yang mendaftar setakat 2019. Sebanyak RM1,2 juta diperuntukan kepada negeri Melaka yang mempunyai 322 persatuan penduduk berdaftar sehingga 8 April tahun ini,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pemohonan G-KOM dibuka pada 4 Mac dan ia akan berakhir pada 30 Sepetember ini, dengan jumlah maksimum geran adalah RM10,000.00 bagi setiap persatuan dan ia dijangka akan memberi manafaat kepada 120 persatuan penduduk di Melaka.

Katanya geran itu terbuka kepada semua persatuan penduduk yang berdaftar dengan RoS Melaka tidak kira samada persatuan baharu ataupun telah lama ditubuhkan, dan mulai tahun ini, persatuan yang berminat boleh membuat pemohonan secara dalam talian melalui laman sesawang RoS iaitu www.eroses.gov.my.

“Sehingga kini  RoS Melaka memberi geran RM3,110,384.50 kepada 315 persatuan penduduk iaitu RM990,110 kepada 100 persatuan penduduk pada tahun 2013, diikuti RM208,354.50 (21 persatuan penduduk) pada tahun 2014, RM1621,920 (165 persatuan penduduk) pada tahun 2017 dan sejumlah RM290,000 tahun lepas (2018),” katanya.

Nurhafidah berkata persatuan yang ingin membuat geran bagi membeli peralatan seperti peralatan keselamatan perlu menyediakan sebut harga serta senarai alat yang ingin dibeli semasa membuat pemohonan, dan peralatan yang dibeli pula perlu menepati senarai jenis perbelajanan yang dibenarkan oleh Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Kewangan Malaysia.

Beliau berkata antara 30 peralatan yang boleh dibeli mengunakan geran itu adalah pondok pengawal, kon keselamatan, Kamera Litar Tertutup (CCTV), wisel, Walkie Talkie, peti kecemasan dan lampu suluh.

“Selain itu juga geran boleh digunakan untuk perbelanjaan aktiviti dan program seperti aktiviti pembersihan dan penyelenggaran (gotong- royong), perumahan atau kampung, aktiviti pecegahan jenayah, pencegahan dadah dan aktiviti kejiranan,” katanya.

Katanya sehingga kini G-KOM mendapat sambutan baik daripada persatuan penduduk di Melaka dan daripada semakan yang dibuat 70 peratus daripada penerima geran berjaya mengurus dengan baik dana yang diterima mereka.

“Kita telah membuat teguran kepada persatuan yang gagal mengurus geran dengan cekap dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh RoS,”katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel