Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTeM-UII kerjasama bidang kejuruteraan, ICT dan teknikal


Tarikh kemaskini: 08/05/2019





MELAKA, 8 Mei (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjalin kerjasama strategik dengan Universitas Islam Indonesia (UII), Yogyakarta, Indonesia dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknikal.

UTeM dalam kenyataannya hari ini berkata Memorandum Persefahaman (MoU) mengenainya ditandatangani pada 17 April lepas di Bangunan GBPH Prabuningrat, di UII, dalam usaha memperhebat kerjasama antarabangsa serta perkongsian kepakaran bersama universiti ternama dari seluruh dunia.  

"UII diwakili oleh Rektor UII, Dr Fathul Wahid, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Hubungan Kerjasama), Dr Wiryono Raharjo, Dekan Fakulti Teknologi Industri, Prof Dr Hari Purnomo dan ketua jabatan,” menurut kenyataan itu.

"Manakala UTeM pula diwakili oleh delegasi yang diketuai oleh Pengarah Pusat Pembuatan Termaju Prof Datuk Dr Abu Abdullah, Prof Madya Dr Mohd Warikh Abd Rashid, Dr Saifudin Hafiz Yahaya, Dr Mohd Shukor Salleh dan Datin Dr Suraya Ahmad," tambahnya.

Melalui MoU itu, pelbagai peluang kerjasama dapat diadakan termasuk pelaksanaan penyelidikan secara padanan antara kedua-dua universiti, penerbitan artikel di jurnal melalui penganjuran persidangan bersama, program ijazah secara berganda, pertukaran pelajar dan staf akademik melalui program mobiliti dan program pasca siswazah.

"Selain itu, secara tidak langsung ia dapat membuka peluang kepada Program Mobiliti Latihan Industri untuk diadakan selaras dengan tempoh lima tahun perjanjian berlangsung yang mana program seumpama ini adalah kali pertama diadakan.

"Menerusi kolaborasi ini maka kerjasama strategik antara UTeM dan UII akan dapat direkayasakan bertepatan dengan visi UTeM untuk menjadi sebuah universiti teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka dunia," katanya.

UII merupakan sebuah universiti swasta terbaik di Indonesia berdasarkan kepada kepakaran penyelidikan dan khidmat masyarakat yang mereka laksanakan yang mana UII juga merupakan universiti yang berakreditasi A yang diberikan oleh Lembaga Akreditasi Kebangsaan Indonesia dengan alumni seramai 95,000 orang.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel