Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganggur sembunyi wang milik individu lain dipenjara lima bulan


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menolong menyembunyikan wang RM4,080 bukan miliknya di dalam akaun banknya, dua tahun lepas.

Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman itu terhadap S.Prakash, 39, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah  memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 4 Dis 2018.

Lelaki itu dituduh menolong menyembunyikan wang milik pekerja khidmat pelanggan S.Arivukodi, 27, ke dalam akaun bank miliknya di sebuah bank di Lucky Garden Bangsar, Brickfields di sini antara 25 Feb 2017 hingga 2 Mac 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rajdeep Singh Bhupinder Singh memohon hukuman penjara kerana kes seperti itu semakin meningkat namun Prakash yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung keluarga serta dua anaknya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel