Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga kilang di Tampin diberi notis penutupan operasi - Exco


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





SEREMBAN, 9 Mei (Bernama) -- Tiga buah kilang yang beroperasi secara haram di Tampin, dekat sini, diberi notis penutupan segera operasi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dalam operasi selama dua hari, mulai Selasa lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata dalam operasi itu, notis penutupan dikeluarkan kepada sebuah kilang haram yang masih dalam pembinaan di Kampung Air Gelugor;  kilang membakar tayar di Kampung Gelugor dan kilang besi, Kampung Sungai Dua Tenai.

“Notis penutupan operasi dikeluarkan kepada kilang-kilang tersebut di bawah Seksyen 38(1)(b) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Veerapan berkata kerajaan negeri sedang giat melakukan pemutihan ke atas kilang-kilang haram yang wujud di seluruh pelosok negeri ini.

“Bagaimanapun, saya berasa kecewa terhadap segelintir pihak tertentu yang membocorkan maklumat mengenai operasi tersebut kepada pembangkang menyebabkan kerajaan tidak dapat menjalankan operasi penahanan peralatan. 

"Walau bagaimanapun, tindakan dari semasa ke semasa akan menyusul ke atas kilang-kilang yang lain," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low hadiri mesyuarat TIA pada 2009 atas jemputan - Saksi

 
     

Jerebu: Lapan sekolah di Manjung ditutup

 
     

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik

 
     

Jerebu: 201 sekolah di Selangor ditutup hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel