Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan rancang perkenal Perumahan Komuniti Seni Harapan untuk penggiat seni


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan merancang untuk mewujudkan perumahan khusus bagi penggiat seni, warga industri hiburan, karyawan filem dan televisyen dengan memperkenalkan Perumahan Komuniti Seni Harapan, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjayakan cadangan itu.

Beliau berkata demikian secara ringkas pada sesi soal jawab lisan, bagi menjawab soalan Senator Datuk Hanafi Mamat yang ingin tahu apakah langkah-langkah KKMM untuk jaminan kesejahteraan hidup warga kerja industri hiburan, karyawan filem, dan televisyen tempatan supaya mereka tidak hidup dalam kemiskinan pada usia emas.

Mengulas lanjut, Eddin berkata Finas juga akan memperkenalkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menjamin kesejahteraan dan melindungi kebajikan penggiat seni bebas.

Selain itu, katanya, persatuan perfileman seperti Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Sutradara Malaysia, Persatuan Pekerja Profesional Filem Nasional dan Persatuan Karyawan Malaysia juga giat membantu penggiat seni bebas termasuk pelakon, penyanyi, penulis skrip dan juga pekerja belakang tabir yang ditimpa musibah seperti menyediakan insurans perlindungan hayat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel